FIGURE UP BERBAHAYA

Baru terbaca benda ni......niat saya bukan nak memburukkan produk ni tetapi kalau kita lihat testimoninya memang menakjubkan, contoh





Mesti teruja nak mencuba produk ni kan.Sebenarnya saya pun pernah mencuba produk ni dan hasilnya memang penurunan yang cepat,berat saya turun 2 kg dalam tempoh seminggu, tapi kesannya saya kena buasir berdarah, pastu jantung berdegup dengan laju dan badan terasa kering.Satu lagi Harganya pun murah......
Figure up ni bahaya kerana terdapat sibutramine didalamnya......
tak percaya baca artikel di bawah
http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/3267-produk-figure-up-dicemari-sibutramine

Produk Figure-Up dicemari 'Sibutramine'

  • Oleh:  Siaran Akhbar
  • Saiz fon decrease font size increase font size 
  • Cetak 
  • E-mel
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama 'Figure-Up' daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan.
Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan.
Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut, dari itu, sebarang pengimportan dan penjualannya adalah dilarang di negara ini.
Orang ramai yang menjual produk tersebut (termasuk secara online seperti melalui Facebook) adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 yang mana menjual produk-produk yang mengandungi bahan dikawal di bawah Akta berkenaan akan dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara selama enam (6) bulan, jika didapati bersalah.
Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau boleh membahayakan kehidupan manusia, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak BND16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.
Para pengguna produk tersebut adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta-merta.
Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi bahagian tersebut melalui talian 2230036, e-mail pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau di Unit 2G8:04, tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping.

# Jadi bertukarlah kepada produk alami......

Comments

Popular Posts