ZOO MELAKA VS ZOO TAIPING

Assalamualaikum dan selamat pagi.....
Hari ni hari jumaat kan kan kan....esok sabtu.....dan esok adalah hari cuti.Bagi ibu bapa yang tak sempat lagi nak bawa anaknya pergi bercuti bolehlah bawa anak-anaknya pergi bercuti,yelah memandangkan cuti sekolah pun akan tamat tak berapa hari lagi.
Mana-mana ibu bapa yang bercadang nak bawa anaknya pergi ke zoo tu meh sini saya bagi beberapa cadangan.Bagi orang selatan antara zoo yang terdekat adalah zoo melaka dan zoo negara.
Zoo Negara ni mudah je nak pergi, naik highway MRR 11 je pastu nanti nampaklah sign board ZOO NEGARA, kalau tak nampak tu bukan highway MRR11 tulah.Tapi zoo negara ni tiket dia mahal, saya pergi tahun 2011 harga tiket bagi orang dewasa RM 25, binatang tak berapa banyak tapi ada pertunjukkan binatang.Bagi yang nak pergi zoo negara boleh lawat laman web ni http://www.zoonegaramalaysia.my/.
Zoo Melaka pula harga tiket masuk Rm15 bagi orang Dewasa, kanak-kanak RM 6, nak naik tren RM 3.Yang tak bestnya Zoo Melaka ni kebanyakkan kandang binatang kosong, lepastu susun atur zoo tu menyebabkan kita terpaksa berpusing-pusing, cuma yang bestnya ada pertunjukkan binatang burung je pun....

ni burung kakak tu, dekat pintu masuk.


ni pertunjukkan burung.


ni maskot harimau sebelah tempat harimau.


Anak rimau mana terlepas ni.sapa nak berasa jadi harimau boleh tangkap gambart kat sini.

Ni aje gambar yang ada, huhuhu lepas tu bateri handphone habis.Zoo Melaka ni tak berapa seronok sebab kita nak kena cari binatang tu mana dia sembunyi.
O.k untuk maklumat lanjut boleh tengok laman web ni http://www.nre.gov.my/English/Ecotourism/Pages/MelakaZooEnglish.aspx
Zoo Melaka ni terletak di Ayer Keroh, air kat situ tak keroh tau, lepas keluar tol Ayer Keroh jalan terus je, sambil tu cangak-cangak la sikit nanti nampak ada sign board Zoo Melaka. 

Zoo Taiping pulak. Zoo Taiping ni seronok sebab kita boleh bagi makan binatang,mana yang boleh bagi makan pihak zoo akan sediakan makanan di situ.Di Zoo Taiping ni macam-macam binatang ada, babi pun ada. Tiket masuk bagi orang dewasa RM 16 termasuk tren, tak nak naik tren punn boleh.


 Replika buaya, depan pintu masuk zoo.


orang utan


landak


bagi makan kancil


pakat-pakat nak bagi makan



bagi makan rusa pulak
.

beruang


zirafah yang baik


kanggaro


unta yang kebosanan


akhir sekali gajah

Banyak je lagi binatang kat sana tu, kalau nak tengok pergilah kat sana, caranya kalau dari highway utara selatan turun dekat tol Bukit Merah pastu carilah sign board ZOO TAIPING.
Untuk maklumat lanjut layari laman web ini http://www.zootaiping.gov.my/.

Beberapa tips untuk pergi ke ZOO:
- bawa makan dan minuman secukupnya.Kalau tak jenih nak cari makanan.
- pergi awal pagi, kalau dah tengahari binatang dah tak aktif.
- Pakai kasut dan baju yang selesa.

Biasanya zoo buka pukul 9 pagi sampai 6 petang, mana yang ada safari night tu mula kul 8 malam hingga 11 malam.

o.klah selamat bercuti.

Sesiapa yang nak beli produk SHAKLEE boleh hubungi saya.

Comments

Popular Posts