Wanita dan tekanan

Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis emosi seperti marah, suka, sedih, kecewa dan pelbagai lagi jenis emosi. Dan setiap manusia ada cara tersendiri untuk menzahirkan emosi mereka, tetapi wanita khususnya mempunyai cara yang tersendiri untuk menzahirkan emosi mereka.
Ada sesetengah wanita dia akan menangis untuk menzahirkan rasa gembira. Ada pula yang akan makan tanpa henti bila dia sedih. Ada pula yang akan membeli - belah bila mereka stress dan pelbagai lagi cara untuk menzahirkan  emosi mereka.
Biasanya wanita yang sudah berkeluarga dan bekerjaya lebih stress berbanding wanita yang belum berkeluarga kerana dia kena menguruskan kerjaya dan keluarga dalam masa yang sama.
Perkara yang makin menambah stress bagi wanita yang berkeluarga apabila sesetengah kaum lelaki masih berpegang tanggungjawab suami hanya mencari nafkah dan yang selebihnya adalah tanggungjawab isteri.
Maka terjadilah apabila suami dan isteri berkerja si suami yang bekerja dan apabila pulang dari kerja suami tidak membantu apa-apa pun dirumah. Dan para isteri pula pada pagi hari sudah keluar mencari nafkah dan apabila pulang ke rumah mesti melakukan tugasan di rumah tanpa bantuan suami. Tambah membebankan wang gaji isteri digunakan juga oleh suami untuk menampung perbelanjaan harian.
Tidak salah untuk menggunakan wang isteri untuk menampung perbelanjaan rumah tapi si suami mestilah membantu juga dalam menguruskan rumah tangga.
Janganlah berehat sahaja apabila melihat si isteri bergelut menguruskan anak-anak dan rumah tangga selepas waktu kerja. Bantulah sama untuk meringankan beban si isteri.
Praktikkan cogan kata TOLONG MENOLONG BANTU MEMBANTU dalam rumah tangga.
Jangan jadikan wanita stress dan tidak redha dalam membantu suami dan menguruskan rumah tangga.

Comments

Popular Posts