Jalan2 Thailand 2

Keesokan harinya saya dan keluarga bersarapan di restoran Tamrab Muslim Restoran. Kat situ makan secara buffet. Untuk dewasa 100 baht kanak2 75 baht. Macam2 makanan ada di situ yang paling penting tempat selesa dan makanan sedap.
Selepas sarapan perjalanan di teruskan ke Zoo songkhla. Harga tiket 150 baht untuk dewasa dan kanak2 75 baht. Untuk parking 50 baht.
Di zoo ni disediakan train tapi kena bayar lain. Dewasa 25 baht kanak2 15 baht. Eloknya naik train pastu bila rasa nak turun boleh turun dari train. Kalau tak larat nak berjalan tunggu train lain datang pula.
Kawasan zoo ni besar dan ada sesetengah kawasan yang jalannya licin terutama sekali jalan yang berlumut.
Ada sesetengah binatang kita boleh bagi binatang makan. Makanan binatang ada di jual di dalam zoo, kalau nak murah beli siap2 pisang kat luar.
Dalam kawasan zoo ni juga terdapat taman tema air tapi macam kecil ja tempatnya.
Selepas zoo perjalanan diteruskan ke satun.
Seronoknya jalan di Thailand ni jalan yang lurus, tak berlopak dan yang penting takda tol.
Jimat duit.
Sampai di Satun perut dah mula lapar kebetulan pulak ternampak pasar malam yang memang besar giler.
Barang kat situ memang murah, selipar dalam 50 baht. Laksa thailand dalam 30 baht. Macam2 makanan dan barangan di jual di situ. Bagi yang meminati fesyen boleh cuci mata dan poket sebab fesyen di sana lebih trendy dan lebih murah. Selesai mengisi perut saya meneruskan perjalan ke Lomlay resort. Resort ni ok cuma pintu bilik air dia tak boleh tutup rapat. Yang paling best katil dia besar, boleh tidur 4 orang atas tu.
Nanti saya akan bercerita mengenai pekan satun pulak.










Comments

Popular Posts