Bersalin di hospital Baling.

Mengandung kali ni memang macam2 parasaan ada, alkisah 2 orang anak yang sebelun ni kena induce risau jugklah yang ni ni pun kena induce.
Alkisahnya petang khamis tu saya ni bersemangatlah nak meroti sebelum bersalin bak kata orang makan segala yang teringin .
Pergilah ke kedai membeli barang kononnya esok tulah nak meroti, waktu tu dah plan menu yang nak makan waktu cuti ni.Balik tu pun dah cakap kat anak2 esok kita makan roti sosej ngan spageti, kalau larat donut pun ada juga.Punyalah buruk lantak mak boyot ni.
Malam tu masih ok lagi takda sakit, tanda pun takda.Naik pukul 10 malam dok rasa macam nak terberak tapi malas nak pi tandas. Pastu elok nak tido dalam pukul 12 gitu rasa sakit perut lagi, pilah tandas juga, yelah tak maulah nanti tengah syok2 tido nak kena bangun pulak kan.
So, saya pun pilah ke tandas.Duduk di tandas tak juga membuang, akhirnya keluarlah dari tandas yelah nak buat apa lama2 dalam tu kan . Pastu rasa macam basah je, dah kenapa??? pastu amik towel lap, pastu rasa macam ada air keluar, air ketubanlah tu.Terus kejut encik suami ajak pi hospital, alkisah nurse kata kena bersalin di S.Petani saya pun pilah awal ke hospital.
Sampai di hospital, nurse check jalan tak buka lagi, masuk dulu wad, depa kata dalam tempoh 6 jam klu tak sakit lagi atau jalan tak buka baru depa akan hantar pi SP sebab takut jangkitan kuman.
O.klah kita pun pasrah sebab tak sakit pa lagi, waktu tu blh lagilah dok berwhassup  .Naik pukul 3 pagi dok mula rasa sakit, tapi tak kerap lagi. Bila dah pukul 4.30 sakit makin kerap, waktu tu dah tak boleh nak baring.Ada kawan pesan kalau dah sakit kontraksi jangan baring, jalan sikit2 ia mengurangkan sakit dan cepatkan jalan terbuka.
Pastu koi tak boleh tahan sakit, cakap kat nurse tu dok sakit ni, nurse kata tak boleh nak check kerap sangat nanti jangkitan kuman, lagipun dia kata tadi jalan tak buka lagi takkan dah nak bersalin kot.
Takpelah kita pun tahan jugaklah, naik 5.15 pagi rasa tak boleh tahan dan pi cakap kat nurse tak tahan dah sambil buat muka sakit sungguh2  dia pun kata oklah kita pi labour room.Ingatkan pi labour room ngan kerusi roda rupanya dia suruh jalan, mengetaq rasa lutut dengan dok tahan sakit lagi.
Check masa tu dah buka 7 cm dah, waktu tu memang minta ubat yahan sakit sebab memang tak boleh nak duduk, nurse nak pasang ctg pun tak bagi sebab punyalah sakit.
Akhirnya pukul 5.43 pagi selamat melahirkan.Yang kelakarnya bila nurse soh tengok jantina anak dwngan excitednya saya kata lelaki walhal anak perempuan, nurse pun terkejut, yelah alkisah pi scan doktor asyik dok kata lelaki, tengok sekali lagi rupanya perempuan .
Apa yang best bersalin di hospital baling ni, takde orang lelaki dalam labour room, kalau SP selalunya ramai doktor lelaki.
Nurse2 dia tak mudah marah sebab patien tak ramai.Kalau yang cepat marah tu sebab datang bulan kot .
ok ni gambar baby.

Comments

Popular Posts