10 tip gaya pemakanan yang betul

Jika anda jenis yang suka makan dan inginkan gaya pemakanan yang sihat cuba amalkan 10 tip ini.

1# Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
Cara yang betul, hadkan pengambilan karbohidrat dalam makanan anda.
Jika anda jenis yang suka makan dan inginkan gaya pemakanan yang sihat cuba amalkan 10 tip ini.

2# Rancang apa yang hendak dimakan.
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

3# Makan makanan berwarna pelangi.
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.
Ingat bukan makanan yang diwarnakan.

4# Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya.
Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.
Makanlah sekadarnya kerana perut akan menghantarkan isyarat ke otak 10 minit selepas ia merasa kenyang.

5# Tetapkan waktu makan yang seragam.
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

6# Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan.
Ia mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

7# Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan.
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian.
Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti beserta masalah kesihatan yang lain.

8# Makan tengahari semahu anda.
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin.

9# Mengunyah makan secara perlahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

10# Tidur secukupnya.
Amalkan tidur yang secukupnya bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Comments

Popular Posts