Remaja dan masa hadapan

Assalamualaikum
Lama tak bersiaran disebabkan oleh kesibukan awal tahun.
Mengajar di sekolah agama rakyat atau SAR bukan sesuatu yang mudah lagi2 mentaliti masyarakat kita sekarang ni asal anak tak pandai dan takda sekolah nak terima hantar anak ke sekolah agama. Jika anak tak pandai masih lagi boleh diajar tapi jika sudah rosak akhlaknya apakah daya guru nak mengubahnya.
Bila awal tahun macam2 drama yang dapat dilihat bila waris nak bayar duit yuran sebab majoriti penduduk BALING hanya menoreh getah. Jika cuaca panas elok banyaklah rezeki mereka jika hujan kuranglah rezeki mereka
Waris2 ini hantar anak ke Sekolah agama dengan harapan anak itulah yang akan mengubah nasib keluarga mereka yang akan mengeluarkan mereka dari kepompong kesusahan hidup. Tapi amat menyedihkan bila si anak tidak minat belajar, sibuk bermain dan bersembang dengan kawan di dalam kelas.
Ada pula yang keluar awal pagi dan balik petang tetapi tidak bersekolah hanya melepak dengan kawan2 .
Ibu ayah yang mahukan anak2 berjaya jangan manjakan anak2. Jangan turut segala kemahuan anak kelak memakan diri.
Tanamkan dalam diri anak2 bahawa ilmu itu penting terutama ilmu agama.
Jangan serahkan bulat2 pada guru untuk membentuk dan mendidik anak2 anda .

Sayang isteri tinggal-tinggalkan
Sayang anak tangan-tangankan

Comments

Popular Posts