Masuk thailand dengan border pass

Baru ni saya berkesempatan untuk memasuki Thailand melalui sempadan selepas 2 percubaan gagal  😝😝.
Percubaan pertama gagal sebab sebelum ni sempadan Malaysia dan Thailand dibuka pada hari raya pertama. Kiranya rakyat Malaysia dan Thailand boleh masuk tanpa menggunakan border pass, tetapi semenjak 2 tahun yang lalu sempadan Malaysia tidak dibuka lagi untuk keluar masuk ke thailand tanpa border pass pada hari raya pertama.
Cubaan kedua bila pi ke imegresen tanpa bawa dokumen yang asli. So pada percubaan yang ketiga dengan dokumen yang lengkap beserta gambar pergi ke imegresen untuk buat border pass dan akhirnya berjaya masuk ke thailand.
Ok. Untuk yang mahu buat borderr pass pastikan bawa
1-  2 keping gambar dan ic beserta salinannya.
2-  Kalau ada anak bawa surat beranak anak yang asli dan salinannya.
3 - RM 10 untuk buat border pass.

Bagi yang nak masuk dengan kereta sendiri pergi ke IPD yang berdekatan dengan sempadan. Macam saya pergi ke IPD Pengkalan Hulu dekat dengan PETRONAS. Minta encik polis kebenaran untuk langkah border dan pastikan bawa geran kereta. Yang copy pun boleh.
Lepastu nanti kena pi pulak ke bahagian traffik untuk cek saman dan pengesahan.
Lepastu selesai.
Surat untuk kereta boleh guna untuk tempoh 11 hari kalau encik polis tu tulis tarikh. Kalau tak tulis gunalah selagi boleh  😁.

Pastu masuk lah ke Thailand dengan jayanya.

Sampai kat border Thailand kena isi borang masuk thailand cop apa semua,  pastu buat insurans kereta kat depan tu sikit lepas tu bolehlah enjoy dalam Thailand tu.
Apa yang seronok kat sana saya tak tahu lagi sebab hari tu pi sat ja.
Kalau nak masuk Thailan eloknya tukar duit ke duit depa, kalau guna ringgit rugi.

Comments

Popular Posts