Bina kecerdikan anak bermula dari kandungan.

Setiap ibu dan ayah inginkan anak yang sihat dan cerdik. Tapi tahukah anda kecerdikan itu boleh dibina bermula dari dalam kandungan lagi.
Orang yahudi mula mengasah minda anak bermula dari kandungan lagi. Bila si bapa mengetahui yang isterinya mngandung dia akan menyuruh isterinya menyelesaikan masalah matematik dan masalah2 yang lain bertujuan untuk mengasah minda si anak. Di samping itu juga ia akan menyuruh isterinya makan makanan yang berkhasiat seperti kacang walnut dan susu. Ia bertujuan untuk membekalkan kepada janin DHA dan EPA yang secukupnya agar bayi itu lahir dengan otak yang cerdik.
Itu usaha yang dilakukan oleh orang yahudi dan ia terbukti majoriti orang yahudi cerdik dan ramai diantara mereka menyumbang kepada kepesatan pembangunan teknologi sekarang.
Jadi, apa usaha kita?  Orang kita lebih menitikberatkan anak itu menjadi cantik dan putih berbanding cerdik dan pandai.
Ubah sekarang. Kita juga perlu jadikan anak kita pandai. Dengan pengambilan DHA dan EPA atau dikenali sebagai omega 3 yang secukupnya mampu menjadikan anak kita cerdik.

Comments

Popular Posts