Kenali diri anda

Hari ni saya nak cerita macam mana nak kenal diri anda atau lebih senang kesihatan anda. Kenapa kita perlu kenal diri kita kita?? Yelah sebab ada diantara kita yang membuat pelbagai diet tapi tak kurus2. Dah pantang macam2 tapi tetap juga kerap sakit. Dan dah makan macam2 ubat tapi masih lagi selalu sakit.
Perkara ini terjadi bilamana kita tak tau badan kita macam mana. Contoh macam saya, dietlah macam mana pun tapi klu tak kontrol pengambilan gula berat badan susah nak turun.
Macam tu juga orang gout, ada sesetengahnya makan kacang dah jadi gout, ada orang makan daging baru jadi gout. Ia sebab badan setiap dari kita tak sama.
Jadi kenali diri anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan atau setahun sekali.
Dan yang paling penting bila kita sakit jangan jadikan sakit itu alasan untuk kita jadi cergas sebab badan kita dikawal oleh otak. Jika kita dah set " aku tak boleh aktif sebab aku sakit ni" maka badan kita pun automatik akan jadi tak aktif.
Fikirkan yang positif sahaja insya Allah akan datang perkara2 yang baik kepada kita.

Comments

Popular Posts