Waktu sesuai ajar anak ke tandas.


Salam......mesti setiap ibu kerap tertanya-tanya bilakah umur yang sesuai untuk ajar anak ketandas??? Yelah dengan kos sara hidup yang tinggi, nak bayar duit mengasuh lagi, nak beli pampers anak lagi dan macam- macam.
Bila seseorang anak dah tak pakai pampers kita dah boleh gunakan duit tu untuk saving atau perkara lain.



So bila waktu yang sesuai??? Melalui pengalaman saya waktu yang sesuai adalah bila si anak dah tau cakap dan dah tau apa yang dia nak. Contoh dia tau dia nak makan dan dia tau cakap pada kita yang dia lapar dan dia nak makan. Biasanya perkara tu terjadi bila anak kita dah berumur 2 tahun lebih.
Satu perkara yang perlu diambil perhatian, anak lelaki lebih lambat dari anak perempuan dalam menyuarakan apa yang mereka mahu, mungkin sebab anak perempuan lebih banyak bercakap dari anak lelaki.
Ada sesetengah ibu bapa meletakkan umur 2 tahun bagi seseorang anak tu mesti ke tandas, waktu ni anak sudah boleh ke tandas tetapi mengambil masa yang lama untuk buang air kecil dan air besar di tandas. Sebab waktu ini dia tak tau lagi rasa nak terkencing macam mana nak terberak macam mana, sebab kurangnya deria rasa bagi mereka. Sebab tu kita boleh tengok kanak-kanak pada peringkat ini bermain dengan bermacam perkara, samada benda tu kotor, busuk atau wangi.
Apa pun yang penting komunikasi dengan anak-anak penting untuk mereka berani menyuarakan apa yang mereka rasa, dan sabar dalam menghadapi kerenah mereka dari masa ke semasa.

Comments

Popular Posts