Yang lemah itu WANITA


Bila bercakap mengenai WANITA mesti kita akan terbayang wanita ini insan yang lemah. Yang mudah menangis dan yang tidak mampu melakukan kerja-kerja yang susah.
Tetapi cuba lihat di sekeliling anda, berapa ramai wanita yang berniaga dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga? Apakah dorongan mereka untuk melakukan 2,3 kerja dalam satu masa?
Mereka sebenarnya super woman.
Super woman yang boleh membantu orang lain.

Ramai wanita yang sudah berjaya memecahkan tradisi dengan memegang jawatan-jawatan besar sebagai eksekutif korporat, usahawan baru mahupun ternama, pelabur, dan macam-macam lagi. Kini wanita bukan lagi makhluk yang lemah.

1) Sumbangkan tenaga anda untuk membantu orang lain. Lemah lembut bukan kelemahan tetapi suatu kelebihan yang perlu dimanfaatkan. Wanita suka membantu. Jadikan perniagan salah satu cara untuk membantu orang lain.

2) Nak ubah dunia perlu ubah cara berfikir. Jadi ubah fahaman kita yang wanita hanya perlu duduk di dapur sahaja. Jadikan diri anda Wanita yang " multitasking ". Wanita ini banyak emosinya. Jadikan emosi anda emosi yang positif kepada diri anda dan orang yang disekelilingnya.

3)Jangan takut untuk mencuba. Wanita dan ketakutan memang tidak boleh dipisahkan. Jadikan ketakutan itu cabaran untuk anda mengubah hidup anda.

4) Perhubungan itu penting dalam kehidupan. Apa guna anda kaya dan berjaya tetapi anda tiada kawan. Jadikan pembeli, stokis dan agen itu kawan anda.
Tidak kisah apa pun pekerjaan anda samada berniaga, pekerja ataupun pegawai, anda adalah wanita hebat dan anda perlu serlahkan karekter anda untuk membantu orang lain.

Jadikan diri anda inspirasi kepada orang lain.

#sisfelwarriors #sisfellegacy #sisfelhebat #wonderwoman

Comments

Popular Posts