Di sebalik lemah lembut wanita.

Kita biasa mendengar "Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia" tapi apa maksud sebenarnya?
Bila dikatakan " Tangan yang menghayun buaian " mestilah kita akan terbayang wanita sebab wanita ini sinonim dengan keeja-kerja menjaga anak dan menguruskan rumah tangga.  "Boleh menggoncang dunia " dengan erti kata lain dalam lemah lembut wanita itu ia mampu bangkit untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran kerana dalam keadaan terdesak dia mampu bangun dan melakukan lebih dari apa yang orang lelaki lakukan.
Buat wanita di luar sana, sedari kecil kita sudah diajar untuk bersifat lemah lembut, bertolak ansur dan penyayang tapi kita jangan terlalu lemah sehingga ditindas.
Pada masa kini kita selalu mendengar isteri didera, ditindas dan macam-macam lagi keganasan rumah tangga yang biasanya isteri yang menjadi mangsa. Jarang-jarang kita mendengar suami yang menjadi mangsa.
Buat para isteri, bila kata anda ditindas cari penyelesaian. Minta petunjuk dari Allah, jangan biarkan anda terus ditindas. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan terlalu mengikut kata hati, timbang sesuatu perkara dengan akal yang waras. Minta nasihat dengan orang yang selayaknya.
Akhirnya kata, keganasan jangan dilawan dengan keganasan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

Comments

Popular Posts