10 makanan untuk kecantikan kulit.

Setiap makanan ada manfaat yang tersendiri samada dari segi kesihatan dan kecantikan.
Di sini saya senaraikan 10 makanan yang memberi manfaat untuk kecantikan kulit.

1# Lada Benggala
Satu biji lada benggala cukup untuk membekalkan 100% keperluan vitaminC untuk sehari. Juga mengandungi vitaminB6 dan serat makanan yang membuatkan pemakannya merasa cepat kenyang.

Terdapat karotenoid dalam lada ini yang boleh membantu MENCEGAH KEDUTAN kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda! Karotenoid juga agen MELAWAN JERAWAT. Ia hanya ada 30 kalori. Memang bagus untuk mereka yang takut kepada kalori tinggi.

2# Coklat Gelap
Untuk memiliki kulit yang cerah dan sihat, makanlah coklat. Ia kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Antioksidan dalam coklat gelap membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit dari sinaran ultra unggu matahari. Kulit menjadi lebih sihat bila coklat membantu darah beredar dengan baik pada kulit.

Coklat yang baik ialah coklat mentah yang belum diproses. Coklat mentah ini biasanya dipanggil coklat masakan (cooking choc.) ia mungkin berbentuk kepingan bar atau serbuk.

3# Ikan Salmon
Salmon bagus untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan diri. Ia membekalkan keperluan vitaminD untuk tubuh. vitaminD bertanggungjawab menjaga hati, tulang, usus dan otak. Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3, lemak yang baik untuk untuk melawan radang, kedutan dan jerawat. Lemak ini juga membantu ‘melembabkan’ kulit termasuk kulit kepala. Ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat.

4# Minyak Kelapa Dara
Mengandungi asid laurik, iaitu agen antibakteria dan antivirus yang mampu menjauhkan jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Juga kaya dengan asid lemak dan vitaminE yang menjadikan kulit lembab, lembut dan membantu mengurangkan kedut.

5# Teh Hijau
Teh hijau bukan makanan. Ia minuman. Tetapi tidak salahkan untuk memasukkannya dalam 10 kategori ini? Kerana siapa yang tidak minum setelah dia makan?

Teh hijau mengandungi bahan yang boleh membantu badan berehat setelah penat bekerja. Rehat yang cukup bagus untuk kesihatan. Ia juga ada sejenis bahan iaitu catechins yang hanya akif bila teh hijau direndam dalam air panas. Bahan ini ialah anti kanser dan anti radang.

Memadai untuk minum satu cawan sehari, ia boleh mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.

6# Bayam
Tidak ramai yang sukakan bayam, tetapi kita patut tahu bayam ialah sumber zat besi, folat, klorofil, vitaminE, magnesium, vitaminA, serat, protein tumbuhan dan vitamin. Begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika mengabaikannya.

Bayam juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan semua jenis masalah kulit. Menambah bayam sebagai sayur kegemaran seperti membersihkan kulit dari luar dan dalam.

7# Biji-Bijian
Biji bunga matahari, biji labu, biji rami dan segala biji yang boleh dimakan adalah baik untuk kulit. Biji labu dan biji bunga matahari kaya dengan selenium, vitaminE, magnesium dan protein. Selenium dan protein akan menghalang kedutan kulit awal. vitaminE meningkatkan kelembapan kulit. Magnesium merendahkan tekanan stress.

8# Saderi
Ramai yang memandang rendah sayuran ini. Bila makan apa-apa sup di kedai, selalunya orang akan buang saderi yang ada dalam sup itu. Sedangkan saderi amat bagus untuk kesihatan. Saderi mengandungi vitaminK yang bagus untuk peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Saderi juga memiliki natrium semulajadi, kalium dan kandungan air yang tinggi yang membantu mengelakkan kulit kering. Kulit kering bermaksud kusam, mengelupas, kedut dan jerawat.

9# Betik
Amalkan makan betik dan lupakan produk pelangsingan badan! Betik rendah kalori, tiada kolesterol dan ia mengenyangkan. Ia rendah fruktosa dan sangat baik untuk pencernaan usus. Bagus untuk penurunan berat badan!

Nutrien antioksidan di dalam betik termasuk vitaminC, vitaminE dan beta-karotena boleh mengurangkan keradangan dan jerawat juga melindungi kulit dari panas terik matahari.

10# Lobak Merah (karot)
Karot bukan sahaja baik untuk kulit malah baik untuk penglihatan. Karot boleh dipanggil ubat jerawat. vitaminA yang kaya di dalam karot membantu mencegah kanser kulit dan membantu menanggakan kulit mati.

Seperti saderi yang bagus diratah mentah, lobak merah atau karot juga sedap diratah. Jangan diratah lonak tua. Nanti ‘patah’ gigi. Pilih karot muda atau ‘baby’ karot yang lembut dan manis rasanya.

Jadi untuk kulit yang sihat dan cantik ambil makanan ini sekerap yang boleh dan pastikan ia bukan makanan yang telah diawetkan.

#penjagaankulit
#jeniskulit
#makananuntukkulit

Comments

Popular Posts