Lost World of Tambun part 1

Semalam tadika anak saya telah mengadakan rombongan ke Lost World Of Tambun.LWOT ni lebih kurang taman tema air tetapi apa yang menariknya kat dlam tu ada binatang, lebih kurang macam mini zoolah, yang bestnya kita boleh pegang binatang tu dan bagi makan kepada binatang tu ( itupun yang tak merbahaya).
Ok, harga tiket masuk LWOT saya dapat dalam RM 25 satu kepala, kalau ikut harga asal dalam RM 38.90 bagi dewasa, kanak-kanak tak ingatlah pulak berapa harga dia.Kanak-kanak diukur mengikut ketinggian, kalau kanak- kanak tu bawah 90 cm free tak perlu bayar.Lebih dari tu kena bayar.
Masuk dalam tu makanan tak boleh bawa, orang yang jaga kat pintu masuk tu memang akan check setiap beg yang kita bawa, lepas tu kalau kita nak mandi dan tak tau nak letak barang kat mana ada disediakan locker.Satu locker RM 10.
Dah masuk tu usha-usha la dulu nak buat apa, macam saya pilih untuk naik tren keliling LWOT dulu, sebelum tu waktu kita masuk dia akan bagi macam kertas untuk pakai di tangan, bila masuk dia akan scan kat kertas tu dan kita boleh main semua permainan kat situ secara percuma melainkan pelampung kena sewa.
Lepas naik tren dah usha apa yang best barulah pilih nak buat apa dulu.
Apa yang saya buat dulu???? Kita sambung dalam LWOT siri 2.
Jom layan gambar.....


 
Sementara menunngu nak masuk.
 
Pintu masuk.
 
Ini budak tak nak tangkap gambar dengan orang lain.
 
Atas train.
  


Cerita seterusnya sambung next entry.

Comments

Popular Posts