Apa yang perlu dilakukan bila terbesalin bukan di hospital

Dalam entry ni saya bukan nak galakkan bersalin di rumah tetapi ianya adalah persedian bagi ibu-ibu yang mudah bersalin untuk membuat persedian bila mula mengalami kontraksi.
Pertama sekali, pastikan anda memakai kain batik. Yelah kalau pakai kain batik bila dah rasa nak meneran tu tak perlu dah nak buka kain batik.
Kedua, duduk dalam kereta di tempat yang anda mudah untuk keluar dari kereta ( duduk dekat dengan pintu).
Ketiga dan yang paling utama, selalu berdoa supaya aurat kita terpelihara dalam apa jua keadaan. Dalam kes ini cuba berdoa tiap kali solat agar doktor yang merawat kita waktu bersalin nanti adalah doktor perempuan dan islam.
Iyelah kalau waktu kecemasan kita bukan sempat nak tolak doktor lelaki jadi bila sudah disahkan hamil selalu berdoa supaya yang merawat dan menguruskan kita nanti biarlah perempuan semuanya.
Akhir kata selalulah bersangka baik dan memikirkan benda yang baik insya Allah kita akan dapat semua benda yang baik 😊.

Comments

Popular Posts