Kenapa perlu detox.

Ramai orang kata kenapa perlu detoks? Perlu ke detoks ni? Detoks dalam erti kata lain
Detoksifikasi atau detoks adalah sejenis rawatan perubatan alternatif yang bertujuan untuk menghilangkan "toksin" yang telah terkumpul di dalam badan dan mempunyai kesan jangka pendek atau jangka panjang yang tidak diingini ke atas kesihatan individu.
Antara aktiviti-aktiviti yang sering dikaitkan dengan detoksifikasi termasuklah diet, puasa, atau mengelakkan makanan tertentu (seperti lemak, karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, jus, herba, atau air).

Di sini ada 8 sebab kenapa anda perlu melakukan detox.


1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia
akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul.
Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik.


2 - MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit?
 Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diproses, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda.
Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan berat susah untuk diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum.
Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. 
Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.


3 - MEMBERI TENAGA


Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! 
Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin.
Melalui detoks yang membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!.
4 - MENGURANGKAN NAFSU MAKAN


Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan "hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan
yang lebih sihat!).
5 - KULIT LEBIH CANTIK

Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan kesihatan dalaman anda. Kulit membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat.
Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari ia dibuang, maka lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. 
Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. 
Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja tentu menginginkannya.

 6- MENGURANGKAN TEKANAN

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan dengan tekanan?
Ya, apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terdapat dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutrien juga akan menurun. 
Pembersihan (detoks) dapat memperbaiki ketjaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
7 - MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal bebas! TIDAK! Ya, kotoran radikal bebas itu sering sahaja cuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas.
Radikal yang jahat ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan.
Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin yang membantu dalam pembiakan radikal bebas ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semulajadinya.
8 - TIDUR LEBIH LENA

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas.
Radikal bebas juga mengakibatkan hormon tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti pembuangan besi berat dari sistem badan anda dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda. Lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.
Jadi mari bersama-sama kita lakukan detox untuk lebih sihat dan cergas.


Jadi untuk mendapatkan hidup yang lebih sihat dan cergas cuba detox badan anda tak kira dengan apa cara. Dalam masa yang sama cuba ubah cara dan tabiat pemakanan anda untuk kekal sihat dan cergas.
Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Comments

Popular Posts