Pemakanan dan penyakit
Masyarakat kita kurang didedahkan mengenai healthy life atau gaya hidup sihat, ia terjadi kerana sejak dahulu lagi kita disogok dengan iklan-iklan produk makanan yang kelihatan sihat. Seperti contoh milo dengan moto " Minum milo anda jadi sihat dan kuat". Disebab kan iklan-iklan masyarakat kita kurang mencari dan menggalicara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Saya sendiri sebelum ni tak kisah mengenai corak pemakanan dan gaya hidup saya dan saya cuma mengikut gaya hidup dan pemakanan yang telah dicorakkan oleh ibu dan ayah saya.
Dari sini mulalah akan timbul isu masalah kesihatan keturunan bila mana kita mewarisi gaya hidup mak dan ayah sekaligus mewarisi penyakit yang pernah mereka alami seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Tiga penyakit ini berpunca dari corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Antara makanan yang menyumbang kepada masalah kesihatan diatas apabila kita kerap mengambil makanan yang tinggi lemak jahat atau dikenali sebagai HDL dan LDL.
Comments
Post a Comment