Masalah kecelaruan mental bagi wanita.

Kecelaruan mental sering terjadi kepada lelaki dan wanita tetapi gejala kecelaruan bagi wanita berbeza dari lelaki. Gejala kecelaruan yang sering melanda wanita seperti berikut:
1- Kemurungan
- Wanita lagi sering dilanda kemurungan berbanding lelaki.
- 1 dalam 4 wanita memerlukan rawatan untuk kemurungan berbanding 1 dalam 10 bagi lelaki.
- Faktor yang menyumbang kepada kemurungan bagi wanita :
1. Faktor psikologi: Sering merasa rendah .
2. Sosial: Kurang sokongan untuk wanita.
3. Biologi: Perubahan hormon yang menambahkan risiko kemurungan.
2 - Mencederakan diri
Mencederakan diri adalah salah satu dari tindak balas apabila seseorang mengalami gejala kecelaruan mental.
Terjebak dengan pengambilan rokok, dadah dan alkohol juga boleh terjadi ketika seseorang dilanda stress.
3 - Kecelaruan pemakanan
Kecelaruan pemakanan sering terjadi kepada wanita terutama sekali yang mengalami masalah anoreksia nervosa.
4 - Anzieti
Kebimbangan melampau atau dikenali sebagai Anzieti jika tidak dirawat akan memyebabkan tekanan.
5 - Kecelaruan tekanan
Kecelaruan tekanan selalunya terjadi akibat dari trauma pada masa yang lalu.
6 - Dementia
Dementia atau lebih dikenali dengan nyanyuk terjadi apabila penurunan keupayaan mental untuk mengingati sesuatu yang selalunya disebabkan oleh tekanan .
Hindari pemikiran anda dari terlalu memikirkan sesuatu masalah yang akhirnya akan menjebakkan anda kepada masalah mental.

Comments

Popular Posts