Perut dan penyakit

Makan dan manusia memang tidak boleh dipisahkan kerna kita makan setiap hari. Ada orang makan satu hari 2 kali ada orang makan satu hari 5 kali. Dan setiap diantara kita mempunyai citarasa yang berbeza.
Tahukah anda kita jarang mendengar orang sakit tau mati kerana tidak makan tetapi amat KERAP kita dengar orang sakit dan mati sebab makanan. Ada disebutkan dalam hadith bahawa perut itu rumah bagi penyakit ia tempat duduk atau diam bagi penyakit.
Kenapa dikatakan rumah bagi penyakit? Kerana dari makanan yang masuk ke perut kemudian ia diproses di perut. Jika elok dan berkhasiat makanan itu makan eloklah kesihatan kita. Jika tidak elok dan tidak berkhasiat makan tidak eloklah kesihatan kita.
Makanan yang dikategorikan tidak elok dan tidak berkhasiat itu seperti makanan yang ditinkan, makanan sejuk beku dan makanan yang telah ditambah padanya bahan pengawet dan pewarna.
Adapun makanan yang telah diproses seperti beras, gandum, tepung dan lain-lain ada yang elok dan ada yang tidak. Contoh macam tepung, ia menjadi tidak berkhasiat apabila telah dicampurkan dengan bahan peluntur untuk memutihkan tepung itu.
Jadi pilihlah makanan yang elok untuk kesihatan kita dan ambillah makanan yang berkhasiat.
" MAKAN LDTIKA LAPAR DAN BERHENTI SEBELUM KENYANG ".

Comments

Popular Posts