Jalan2 Thailand 1
Selepas melepasi sempadan perjalanan diteruskan dengan mencari sim Thailand untuk memudahkan perhubungan di thailand dan mencari tempat - tempat menarik di Thailand.
Saya membeli sim kad Ais harga 160 baht.
Kemudian kami mencari kedai makan muslim sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Untuk mengetahui itu kedai muslim atau tak pastikan pekerja di situ memakai tudung dan ada tanda halal.
Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke utara hatyai iaitu di kawasan floating market Hatyai. Bagi yang pergi ke Thailand dengan kereta sendiri eloknya cari hotel yang menyediakan parking kereta. Saya menyewa di Win Resort. Harga dalam RM 60 booking melalui agoda. Resort ni biliknya luas ada parking di setiap bilik.
Malamnya pula kami meneruskan misi mencari makanan di floating market. Jarak dari resort ke floating market dalam 10 minit berjalan kaki.
Floating market ni terbahagi kepada 2 bahagian. Satu peniaga yang menjual di atas sampan ( yang ni tak banyak pilihan makanan) . Yang menarik di sini air kita boleh memilih bekas minuman kita dan ia dijual sekali dengan air. Harga dalam 30 baht.
Bagi yang inginkan lebih banyak pilihan makanan boleh membeli makanan di kawasan bazar sebelum turun ke floating market.
Floating market buka pada hari Jumaat, Sabtu dan ahad sahaja dari jam 3 petang - 9 malam.

Comments
Post a Comment