Pencuci muka Himalaya

Assalamualaikum
Orang perempuan dan kecantikan selalu dikaitkan nak kata orang perempuan dan kecantikan berpisah tiada.
Dan orang perempuan ni amat menitik beratkan mengenai kecantikan muka. Yelah mesti nak cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan tidak menimbulkan masalah pada kulit.
Saya sebelum ni guna pencuci muka tracia tapi disebabkan susah nak jumpa saya beralih kepada produk Nurraysa.
Produk Nurraysa ni saya tengok majoriti orang yang gunakan kata ok lagi2 orang yang mempunyai masalah muka berjerawat. Tapi bagi saya yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan sensitif sangatlah tak sesuai sebab ia tak mengatasi masalah kulit muka berminyak.
So , selepas servey di facebook saya tengok ramai yang kata pencuci muka Himalaya dengan Cetaphil ok. Maka bermula misi mencari di google pulak.
Himalaya dan Cetaphil ada pencuci mula khusus untuk kulit berminyak cuma Cetaphil tak ada trial pak untuk pencuci muka jenis berminyak. Jadi saya belilah Himalaya set travel. Dalam tu ada pencuci muka, lip balm, losyen dan ubat gigi.
Hasilnya selepas seminggu menggunakan pencuci muka Himalaya kulit saya ok. Tak jadi kulit pedih atau terik. Dan yang paling best muka pun tak berminyak sangat dah.
Harga travel pack Himalaya rm 39.90 . Saya beli di watson.

Comments

Popular Posts