Kelantan dan banjir.

Akhir tahun lepas kita dikejutkan dengan banjir teruk yang melanda pantai timur. Banjir yang dipanggil banjir kuning ibarat tsunami yang melanda pantai timur amnya dan Kelantan khususnya.
Biasanya bila banjir mesti dikaitkan dengan kerosakkan harta benda tetapi banjir kali ini membabitkan bukan sedikit harta benda tetapi ribuan atau mungkin jutaan bagi sesetengh individu.Contohnya di Manik Urai bukan setakat perkakas rumah yang rosak tetapi rumah juga turut rosak, sebab majoriti penduduk kelantan rumahnya berasaskan kayu.
Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah sikap segelintur masyarakat kita yang bilamana orang lain dilanda musibah kita suka untuk pergi melihat sahaja sejauh mana musibah yang menimpa orang itu, begitu juga di Kelantan ada orang melayu kita islam pergi ke Kelantan untuk melihat sejauh mana musibah yang melanda. Sepatutnya sebagai orang yang beragama islam dan melayu jika kita tak mampu dari wang ringgit umtuk membantu bantulah dari segi rohani dan psikologi seperti memberikan kata ransangan dan semangat agar mereka jangan merasa terlalu sedih, hiburkan hati mereka dan terima musibah ini dengan hati yang redha.
Apa pun syabas saya ucapkan pada sukarelawan yang bertungkus lumus untuk membersihkan dan menceriakan kawasan - kawasan yang dilanda banjir teruk ini tanpa menghiraukan umpat keji masyarakat kita.
Sesungguhnya musibah banjir ini mengajar kita erti memberi pada yang memerlukan.









Comments

Popular Posts